Friday 31 August 2012

CATATAN SYAWAL

salam sejahtera...
diam tak diam syawal telah berlalu selama 13 hari. begitu pantas masa berlalu. rasa macam semalam sahaja 1 syawal.

bermula 29 ramadhan hinggalah hari ini 13 syawal, terlalu banyak peristiwa berlaku yang dilalui. ada yang gembira, sedih, menyakitkan hati, dan sebagainya. sebagai manusia yang dewasa dan matang, alhamdulillah, segalanya dilalui dengan tenang.

sehingga hari ini, banyak undangan ke rumah terbuka hari raya, sampai tak larat nak memenuhi semua undangan tersebut. mana yang sempat saya akan hadir. mana yang saya tidak dapat hadir, mohon ampun dan maaf. 


Monday 13 August 2012

JANGAN PANDANG, JALAN TERUS

Assalamualaikum...
Sebelum ini, saya pernah menegur kelompok masyarakat yang tidak mahu bekerjasama menjayakan program-program kebajikan, secara halus dan berhemah. Begitupun, saya dihentam, dikeronyok dan dilabel bermacam gelaran. Hakikatnya, mereka tidak boleh ditegur dan tidak boleh dinasihat, walaupun teguran itu betul dan perlu difikirkan. Umumnya, mereka lebih suka dipuji-puji, diberi penghargaan dan sebagainya yang indah-indah, walau yang dilakukan tidaklah seberapa. 

Saya takut untuk menegur lagi? Oh tidak! Selagi masyarakat nampak pincang, selagi itulah saya akan menegurnya. Malah, saya menegur bukan tidak berbuat apa-apa, tetapi menegur kerana saya telah membuatnya terlebih dahulu.

Pada 12.08.2012 dan awal pagi 13.08.2012, sekumpulan pemuda menjalankan operasi memasang bendera, bendera Jalur Gemilang, bendera UMNO dan bendera BN di sepanjang Jalan Salak ini. Bagus, tujuannya murni. Tahniah kepada saudara-saudara pemuda ini kerana sudi meluangkan masa dan tenaga melakukannya. Anda semua mempunyai daya patriotik yang tinggi.

Pada siang 13.08.2012, saya pun bergeraklah melihat hasil kumpulan pemuda ini. Berkibar megah semua bendera. Tapi malang, cara pemasangan bendera berterabur, tidak tersusun, dan menyakitkan mata memandang. Pasang ikut suka dan ikut cepant nak siap. Sepanjang Jalan Salak yang indah, nampak menyemakkan. Ada berdera yang telah jatuh ke tanah. Terasa hati amat kecewa melihat semua ini.  Mungkin bukan saya seorang sahaja yang berpandangan begini, tapi ramai lagi. Cuma tidak berani meluahkan, menegur dan menasihati.

Alangkah baiknya, jika pemasangan bendera itu dilakukan secara teratur dan kukuh. Pasang pada tiang yang berlampu dengan darjah condong yang sekata. Biarlah hanya dapat pasang 20 bendera dalam satu masa, tapi hasilnya memuaskan semua yang melihat. Sudah tentu setinggi gunung penghargaan diterima. Penat lelah kerja sukarela akan berbaloi.

Di sini, ingin saya utarakan, jika ada bekalan bendera untuk dipasang lagi, rancanglah dengan teliti. Lakukanlah dengan cara yang terbaik. Bendera adalah panji. Panji perlu dihormati. Gugur panji ke bumi, melambangkan kelemahan gerombolan. Mohon maaf dari saya kerana menegur lagi.

Wassalam.










Sunday 5 August 2012

JANGAN TEGUR..!! PUJI-PUJI BOLEH...."




STATUS FB :
" Othman Jayid, Azhari Abdullah, S. Jariah Sharif & Nassir Abdullah...hanya 4 Tiger ???? bermula jam 9.00 pagi hingga tengahari di masjid, bersama 150 sukarelawan pelajar KPJUC. Renung..fikir......... "


Ni nk jual ke ni?? Letak la harga..

Tgh pkr2 lg tu john,brp rogo nak lotak agak e

Lu apo main topuk2 dado yo ni dato Amin,topuk yo mano best...

Kono topuk dado dulu bro,br leh fikir Dan renung.

kono phm... pg2 ramai yg bekerja psl tu la..namun kita tgk, ramai yg dtg membantu bl waktu ptg kan...kojo amal ni perlu keikhlasan..bkn utk dibanggakan.. x perlu kita heboh apa yg tlh kita bt psl org ln tau menilainya sendiri... namun saya mngucapkan jutaan timo kasih kpd rakan2 belia yg membantu dlm program ini.sya jg berharap kita akan meneruskan semangat ini bg menceriakan kg kita...

aslamkum...samada perasan atau tidak, faham atau tidak..status di atas tidak perlukan komen....sesiapa yang membaca, hanya fikir dan renungkan sahaja. status di atas adalah untuk umum, walau tag kpd belia. tak perlu nak perli2...sindir2..atau ambil hati...luahan / teguran umum berdasarkan apa yang 4 nama di atas 'sembang'kan semasa pagi hingga tengahari itu. jika yang membaca terasa pedas cilinya, itu tidak di bawah kawalan kami.. akhir kata, kami sudah teramat biasa menjadi 'lembu punya susu', tapi biasalah, 'sapisapi' yg dapat nama..tak jadi hal.....

utk sdr Kefli Ahmad Kuzi : sy masih teringat kata2 pegangan sdr semasa perjumpaan belia pertama di DORKJ ' ..kami belia lebih cenderung hanya kepada program2 sukan & enjoy-enjoy sahaja..bab program / aktiviti masjid, kami mohon maaf, amat sukar rasanya..' Terima kasih.

klu x mau kono komen tak pyh la masukkan dlm fb......aptb....kwn2....ada ker aku ckp mcm tu ms perjumpaan pertama masa kt dwn dl...ader ker???????? biasanya sapa yg slalu jd sapi.....

den xdo ko kek situ time tu???lupo ko lotak namo den?dari pkl 9 pagi den kek situ...den ni bdk pulau ko???

Mcm good2 je.....Ada Lori Ada bas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!XPE...........

jgn ske mncri musuh kpd kwn2...cbe la bbaik kpd bdk2 kmpg yg br nak hdup...knpo?hal kmpg nak d heboh kn...klau yg xkje blh la bntu2 kek msjd...klau yg ado kjo, kno la d wajip kn,bg Sara kuarga mereka sndri...klau dia org xdpt mkn... nak tgung ke...BERINGAT2 LA DAN RENUNG2 KN LA....

Trm ksh bnyk2 tok.....krna bg like...adakah Bnda ni btol untk org2 kmpg...atau mncri nma,smata2.....renung2 kn la....jgn mnjd duri dlm dging

 Mohamad Zakrin Said : ..jikalau teks status itu boleh dianggap teguran, adakah teguran sebegitu boleh membawa kepada permusuhan??? jika ianya mendorong ke arah permusuhan, maka sdrlah yang mencanangkannya, berdasarkan teks komen sdr... terpulanglah kalau saudara ingin bermusuh, tapi sy tidak sesekali. Jelas di sini, belia tidak boleh ditegur, walau oleh sesiapa pun. Jika ditegur, akan mengundang permusuhan...itukah doktrin Mohamad Zakrin Said utk belia??? su jkkk mencari nama?? anda silap, krn su tidak pernah mendapat kredit, walau di mana pun. itu lebih baik, kerana su tidak ada kepentingan kedudukan, jawatan atau pengaruh, periuk nasi & sbgainya, seperti sebahagian pihak. sy lebih suka tidak popular,tapi menjadi tulang belakang, kerana mudah untuk berkomunikasi dan menyampaikan pandangan/teguran. Kene hentam, kritik, kutuk, kene fitnah...dah biasa sgt.. Mungkin sdr & rakan2 lebih selesa dengan puji-pujian, ombong-ombongan & sanjungan2....sesekali terasa ditegur (kalaulah status tu bentuk teguran), terus melenting, meloncat emosional...hehehe......

: ..ucapan saudara tercatat dlm teks asal catatan nota perjumpaan tersebut. semak ! Boleh bertanya kpd ketua kampung, bad shadur & lain2 pemerhati yg hadir. Lupa, atau sengaja tidak mahu memperakui???

Perkara biasa org yg mengatakan sesuatu, tidak akan ingat apa yg dikata kerana berasa gah & hebat. tetapi, jgn lupa, yg mendengarnya akan ingat sampai bila-bila...sdr Kefli Ahmad Kuzi.

ha....awak tak minat nak cr glamour mcm abg ., hanya bersyukur dpt bantu ngan ceriakan kg blk dh ckp untuk kepuasan hati awak...ckp takat ni awak nak komen... brlah org ln atau kwn2 den menilainya sendiri....utk kwn2 belia... kita teruskan bantu program2 kg slps ni walaupun kadang2 ada yg x nmpk kejer kita..keikhlasan dan pengorbanan masa dan wang ringgit anda semua saya ucapkan terima kasih.... sapo yg x dpt jodoh aritu jgn kecewa yer...ka.....kami ada hati dan perasaan...tkt di simpan jd kanser otak dibuatnya...ssh plak

tq krn masih ada hati nak tuduh sy cari glamer....its ok..:) mungkin sdr baru teringat 'teks ucapan saudara di dorkj tu..' apa pun..alhamdulillah syukur kerana memperlihatkan siapa sdr sebenar.....


LIHATLAH...BETAPA PELIKNYA SIKAP ANAK-ANAK MUDA & BELIA PADA HARI INI.....INIKAH YANG DIKATAKAN BAKAL PEMIMPIN????