Friday 27 July 2012

JKKK KG.JIJAN dan LSG SkyChef Brahim's



Semalam, Jumaat 27 Julai 2012 bersamaan 7 Ramadhan 1433, sekali lagi anak-anak yatim di dalam Kariah Jijan, di bawah pentadbiran JKKK KG.JIJAN, bertuah diraikan oleh syarikat LSG SkyChef Brahim's Sdn Bhd, KLIA di dalam Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Asnaf. Seramai 29 orang anak-anak yatim di bawah umur 16 tahun, bersama 6 orang Pegawai Pengiring JKKK KG.JIJAN terdiri dari Nassir Abdullah (SU JKKK), Bad Shadur Abu Bakar, Nor Risah Abu Bakar, Jemaah Saring, Rosnah Sharif & Samsiah Sirat , juga 3 orang penjaga kepada anak-anak yatim tersebut, menaiki bas persiaran yang disediakan penganjur, bertolak dari Masjid Saidina Abu Bakar kariah Jijan pada jam 5.30 petang.

Sampai di sana, terus disambut oleh kakitangan syarikat tersebut dan mengiringi rombongan ke dewan tempat majlis dilangsungkan. Semua yang hadir berpeluang bertemu dan melihat Pengerusi syarikat ini iaitu adik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ucapan-ucapan ringkas dari Pengerusi syarikat seterusnya penyampaian sumbangan kepada asnaf. Ringkas, tapi penuh bermakna, dengan persembahan zikir dan bacaan Al-Quran. Layanan 5 bintang diterima dari kakitangan syarikat kepada semua rombongan asnaf JKKK KG.JIJAN. Hidangan juadah berbuka puasa yang lazat dengan pelbagai menu. Sepanjang 5 tahun mengiringi asnaf ke majlis seumpama ini, dirasakan inilah kali pertama mendapat layanan terbaik sedemikian rupa. Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada LSG SkyChef Brahim's Sdn Bhd dan kakitangan mereka.

Sudah semestinya, para asnaf dari JKKK KG.JIJAN ini sepatutnya bersyukur dan menghargai sumbangan dan pemberian dari pihak-pihak yang perihatin seperti ini. Secara jujur dan ikhlas, ingin sekali saya menegur sebahagian asnaf terutama lelaki, ada yang berkelakuan kurang sopan, tidak menjaga tingkah laku dan ambil mudah terhadap jemputan penganjur. 

Tegasnya, selepas ini, amatlah diharapkan golongan asnaf ini berpakaian kemas, berkasut dan tertib, cerminan keperibadian yang baik. Penjaga diharapkan memberi perhatian serius terhadap perkara ini. Saya ingin melihat, sejumlah 49 orang asnaf ini, dapat memberi kerjasama terbaik pada hari Jumaat, 3 Ogos 2012 bersamaan 14 Ramadhan 1433 di dalam Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Asnaf, anjuran bersama JKKK KG.JIJAN - MASJID SAIDINA ABU BAKAR KARIAH JIJAN - KPJ-IUC Kota Seriemas.

Kepada semua pengiring, budi dan jasa baik tuan dan puan, amat kami hargai. Hanya Allah SWT yang mampu memabalasnya. 







No comments:

Post a Comment