salam sejahtera...
diam tak diam syawal telah berlalu selama 13 hari. begitu pantas masa berlalu. rasa macam semalam sahaja 1 syawal.
bermula 29 ramadhan hinggalah hari ini 13 syawal, terlalu banyak peristiwa berlaku yang dilalui. ada yang gembira, sedih, menyakitkan hati, dan sebagainya. sebagai manusia yang dewasa dan matang, alhamdulillah, segalanya dilalui dengan tenang.
sehingga hari ini, banyak undangan ke rumah terbuka hari raya, sampai tak larat nak memenuhi semua undangan tersebut. mana yang sempat saya akan hadir. mana yang saya tidak dapat hadir, mohon ampun dan maaf.